Wednesday, September 26, 2018

PENGHARGAAN

indah sungguh ciptaan tuhan,
mentari terbenam di waktu senja,
assalammualaikum kami ucapkan,
sebagai tanda pembuka bicara,

              Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah kami,Puan Fatin Faqeriah bt Hamsah,kami dari kumpulan 2 ingin menerangkan tentang konsep keluhuran perlembagaan ...Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya Rosmaiza bt Hasan(05DEE18F1026)  dari kelas DEE1S1 dan rakan-rakan saya  iaitu Supina bt Ismail(05DEE18F1998),Delinia Anak Duyun(05DEE18F1038),Rasiba Anak Nyareng (05DEE18F1046),Arfemina Santya Ungan Ayup(05DEE18F1054) dan Ellvynia Esther Anak Moris(05DEE18F1034).Allahdulillah syukur terhadap ilahi kerana dengan limpah kurnianya kumpulan kami dapat menyiapkan blog.sekian terimakasih


PENGENALAN

➢Keluhuran Perlembagaan                                                                                                        Perlembagaan negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.
Sejarah penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura ke dalam Malaysia, di mana dalam perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September, 1963.
Parlimen
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.
Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.
Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini.
Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara
Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.
Rukun Negara
Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.
  • Keluhuran Perlembangaan m'rupakan prinsip Rukun Negara Malaysia yg ke-3.
  • Keluhuran Perlembagaan bermaksud k'tinggian perlembagaan & ketertinggian undang-undang.
  • Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak pada kedudukannya sbagai undang-undang tertinggiyg m'jadi sumber & punca kpda semua undang-undang.
  • YDPA serta sistem pemenrintahan kerajaan yg terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
  • Melalui konsep ini, tidak t'dapat institusi yg mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan sekali gus menjadikannya sbgai perlindung kpda rakyat.
  • Badan Kehakiman ialah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
  • Badankuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.       

  •                     Video ringkas mengenai konsep keluhuran perlembagaan

Tuesday, September 25, 2018

ciri-ciri perlembagaan persekutuan malaysia


    Antara ciri-ciri perlembagaan ialah pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi malah agama islam agama rasmi tetapi kebebasan amalan agama-agama lain dibenarkan. Selain itu, bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang. hal ini kerana , yang di pertuan agong memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera.
➢gambar di atas menerangakan ciri-ciri perlembagaan

menerangakan apakah peranan perlembagaan secara umum

     
      peranan perlembagaan secara umum ialah mewujudkan pemerintahan yang adil iaitu berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara. contohnya, hak istimewa orang melayu , bahasa melayu dan agama islam .seterusnya, mengelakan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat iaitu membentuk pembahagian kuasa dan mengelakan daripada dimonasi kuasa oleh sesuatu pihak .contohnya, peruntukan khas seperti YDPA serta sultan/raja/yang di pertua negeri malah segala tindakan tertakluk kepada perlembagaaan. Bukan itu sahaja, alat penyelesian masalah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan hukuman kepada seseorang warga negara adalah berasaskan perlembagaan .Disamping itu, mengekalkan riwayat negara bangsa iaitu dengan mengekalkan identiti negara bangsa malaysia melalui perlembagaan , sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan. oleh itu, menjaga kestabilan negara hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalam pelembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu . namun, ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka dan membahagikan kuasa antara pemerintahan dan rakyat .selain itu, sumber rujukan yang undang-undang negara boleh menjamin kedaulatan negara dan boleh memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

konsep demokerasi berpalimen raja berperlembagaan

 
carta ringkas berkaitan kosnsep demoksi berparlimen raja berperlembagaan


      konsep raja berperlembagaan ialah kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem berperlembagaan yang mengiktif raja sebagai ketua negara .selain itu,raja berperlembagaan intitusi raja di malaysia merupakan satu unsur tradisional yang wujud melalui permerintahan sejak awal kurun ke -11 .raja mempunyai kuasa mutlak berdaulat atas negeri dan jajahan .semasa abad ke -19 dan 20 kuasa pentadbiran permerintahan diamal oleh british dan jepun. malah,mereka telah memperkenalkan konsep raja berperlembagaan melalui perlembagaan persekutuan tanah melayu pada tahun 1948.raja perlembagaan bermaksud permerintahan beraja yang diketuai oleh YDPA ,mematahui peruntukan di dalam perlembagaan persekutuan .YDPA di pilih daripada kalangan sembilan orang raja melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir-gilir .bermaksud bidang kuasa YDPA di tetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang .perdana menteri selaku ketua kerajaan menasihati YDPA dalam hal-hal tertentu..YDPA mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundamgan(legislatif),badan kehakiman(judisairi) dan badan pemeritahan (eksekutif).Bukan itu sahaja,YDPA melatik perdana menteri-menteri lain ,hakim,duta-duta malaysia .malah baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang di bicarakan dalam mahkamah tentera,kesalahan sivil yang telah di lakukan dalam wilayah persekutuan.YDPA mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang di lantik oleh baginda .YDPA tidak mempunyai kuasa mutlak prinsip "bertindak atas nasihat" yang termaktub dalam perlembagaan menjamin hak YDPA mendapatkan maklumat yang di inginkan .majlis raja-raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun dan persidangan berlansung selama tiga hari.persidangan majlis di perngerusikan oleh raja yang terkanan mengikuti senioritinya.setiausaha persidangan ialah penyimpanan mohor besar raja-raja.majlis raja-raja memberi kesempatan menemukan wakil kerajaan pusat perdana menteri serta wakil-wakil kerajaan negeri (ketua menteri) di hadapan raja-raja.Disamping itu,forum di raja memberi peluang kepada perdanan menteri menerangkan dasar kerajaan dan peroleh penolongan serta sokongan majlis.majlis raja-raja di kehendaki mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan tugas majlis raja-raja adalah seperti yang di nyatakan perkara 32 perlembagaan.permilihan YDPA dan timbalan yang di-pertuan agong ,raja-raja sahaja mengambil bahagian.Antara jawatan YDPA yang di tetapkan dalam perlembagaan malaysia iaitu hanya raja-raja sahaja yang boleh pilih,raja-raja sahaja yang boleh mengundi dan memilih dibuat secara giliran.seterusnya,peraturan perlembagaan mempercepatkan perubahan giliran.contohnya,seorang raja mangkat,seorang raja/sultan menolak jawatan YDPA atau seorang raja /sultan didapati tidak banyak oleh majlis raja-raja.Akhir sekali,kepentingannya ialah sistem raja berperlembagaan merupakan tunggak autoriti dalam pemerintahan malaysia semenjak tanah melayu merdeka dan sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terperlihara dalam lungkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan.

Menguraikan bagaimana perlembagaan boleh menjamin keamanan dan kestabilan negara

          perlembagaan boleh menjamin keamanan dan kestabilan negara dengan mementingkan peranan perlembagaan sebagai pertunjuk dalam membuat undang-undang menjatuhkan hukuman dan sebagainya.untuk mengawalkan kedudukan dan kuasa pemerintah bagi mengawal kedudukan rakyat .pembahagian kuasa-kuasa senarai persekutuan negeri bersama .bukan itu sahaja,untuk menjamin kebebasan asasi .selain itu,kebebasan kepda semua warganegara untuk memainkan perkara-perkara seperti agama dengan aman..akhir sekali,peruntukan pembahagian kuasa antara 3 cabang kerajaan mengelakan dominasi kuasa oleh badan-badan tertentu.
➢gambar di atas merujuk kepada

faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu perkara dalam perlembagaan terpaksa dipinda /ditambah dari semasa ke semasa

          perlembagaan terpaksa di pinda /di tambah dari semsa ke semasa bagi memperolehi suara mejoriti biasa atau dewan rakyat dan dewan negara .Selain itu,memperoleh majoriti dua pertiga dari dewan rakyat dan dewan negara perkenan majlis raja-raja .Bukan itu sahaja,untuk melindungi kepentingan rakyat .Hal ini kerana kepentingan rakyat adalah keutamaan kerajaan .contohnya,kerajaan seharusnya memberikan hak yang sama rata kepada rakyat tanpa mengira kaum ,bangsa dan agama.Seterusnya,untuk menjaga keselamatan negara.Hal ini kerana ,kemasukan warga asing kini mengancam ketenteraman rakyat malaysia.contohnya,pencerobohan warga asing ke sempadan negara melalui jalan tikus .oleh hal itu,kerajaan malaysia perlulah melakukan pemantauan secara kerap dan mempertingkatkan sistem keselamatan dan keamanan negara.Malah,untuk melicinkan urusan negara.hal ini kerana,semakin hari negara ,semakin hari negara kita akan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran ,oleh itu,perlembagaan perlulah di pinda untuk memastikan urusan negara kita berjalan dengan teratur. Lain daripada itu,untuk memastikan perlembagaan sesuai dengan keperluan semasa.hal ini kerana,perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang mrenentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan keperintah seperti yang termaktub dalam undand-undang ,adat dan peraturan dan bermaklamat memberi jaminan dan perlindungan yang terjamin untuk rakyat .oleh kerana itu,perlembagaan akan memberikan perlindungan yang terjamin untuk rakyat dari semasa ke semasa .Akhir sekali,kerana sikap,fahaman dan kehendak rakyat telah berubah.hal ini kerana sesetengah rakyat tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara dalam perlembagaan .oleh itu ,kerajaan terpaksa meminda perlembagaan supaya semua rakyat bersetuju dan berpuas hati.

PENGHARGAAN

indah sungguh ciptaan tuhan, mentari terbenam di waktu senja, assalammualaikum kami ucapkan, sebagai tanda pembuka bicara,           ...